Wednesday, August 10, 2016

Lambang parti baru buat Khairuddin Hassan merajuk


Menurut Cucu Tok Selampit SINI, logo baru parti yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir dan dipresidenkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai persamaan dengan logo klinik botox.

Malah macam-macam diajuk logo parti baru BERSATU:



Logo seperti Hong Kong ...


Dan salah satu logo yang pernah diguna pakai di Malaysia:


Ajuk mengajuk sesuatu yang biasa dalam politik dan tiada impak pun melainkan usaha untuk memperkecilkan usaha kumulan rebel dalam UMNO.

Bersatu lawan UMNO pun satu akronim Bersatu lawan United. Perana BBersatu hanya untuk pecahkan undi UMNO jika ada perlawanan tiga penjuru melibatkan PH, PAS dan UMNO.


Namun hormati demokrasi. Semalam Bersatu telah mohon untuk tubuh parti baru:

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

Pengerusi (Chairman)
Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden (President)
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin

Naib Presiden (Vice President)
Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Setiausaha (Secretary)
En. Kamarulazman bin Habibur Rahman

Bendahari (Treasurer)
Puan Ainina binti Saadudin

Jawatankuasa (Committee)
En. Akhramsyah Muammar Ubaidah b. Sanusi
En. Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman

Oleh kerana ianya hanya untuk pendaftaran, maka nama yang diguna untuk AJK protem hanya minima untuk keperluan ROS. Maka satu misteri siapa lagi di dalam line-up Bersatu.

Line-up ini pun dilawakkan.

Rupanya Dr Mahathir mahu jadi Pengerusi. Adakah ini berperanan sebagai Council of Elders?

Jika demikian peranan Pengerusi, maka ia menyerupai peranan Ketua Umum tetapi tidak mahu digunakan istilah tersebut kerana tidak mahu meniru Anwar Ibrahim.

Bersatu berhasrat mahu kumpul ahli dalam jutaan tetapi senarai Majlis Tertinggi pun takde orang.

Turut juga dilawakkan akhirnya tercapai cita-cita Mukhriz untuk jadi Naib Presiden. Mengapa tidak letak sebagai Timbalan Presiden?

Mengapa Akramsyah yang pernah tanding untuk Ketua Pemuda tidak diletak sebbagai Ketua Pemuda Protem?

Kenapa personaliti seperti Dato Hamidah, Dato Shafie Apdal dan Dato Khairuddin Abu Hasan tidak bersama-sama? Adakah itu sebab jawatan Timbalan Presiden tidak lagi wujud?

Namun, nasihat Khairy Jalamaluddin dan Dato Bung Mukhtar harus diendah. Bersatu jangan diambil mudah.

Ahli-ahli UMNO agak over confident untuk capai dua pertiga majoriti hanya kerana pembangkang berpecah. Pastikah pembangkang tidak bersatu? BN tidak berpecah dan ada parti-partinya hidup segam mati tak mahu.

Keyakinan berlebih-lebihan seolah-olah sudah pasti undi UMNO tidak lari dan undi orang muda pasti kepada BN.

Jangan leka kerana Bersatu sudah bergerak di tempat seperti Kedah dan Perak. Khabarnya Mukhriz sedang berusaha untuk tanding dua kerusi di DUN Air Hitam dan Parlimen Kubang Pasu. Masih ada lagi cita-cita untuk jadi MB walaupun dia gagal sebagai MB?

Masih tetap misteri adalah kenapa Khairuddin tidak sertai Bersatu? Adakah ini semua hanya lakunan?

Khairuddin dikatakan mahu buat wayang menceritakan episod perjuangannya menentang Najib dan 1MDB. Baca di Snapshot 2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/08/khairuddin-mahu-bikin-filem-1mdb-isteri.html

Ini merupakan pembinaan satu skrip untuk watak hero filem tersebut yang pasti adalah dirinya.

Menurut CUCU Tok Selampit:
Umum mengetahui Datuk Padukang Khairuddin adalah orang yang bertungkus lumus untuk merealisasikan penubuhan parti ini sebelum ini. Umum mengetahui bahawa beliau juga mungkin kecewa tidak diberi jawatan penting di dalam parti sehingga mengumumkan tidak akan menyertai parti berkenaan. Umum juga mengetahui muka Datuk Padukang juga tegang seolah-olah diberi suntikan Botox. Adakah lambang parti BERSATU dan klinik yang menyediakan perkhidmatan Botox ini satu kebetulan?

Atau ia sindir Khairuddin dan dia merajuk????

 



0 comments:

fda

Archives