Friday, December 8, 2017

PPBM Langkawi gelora dgn skandal, Ketua Penaja nak balik jadi PM?


Ketika Pakatan Harapan umumkan Tun Dr Mahathir sebagai cadangan PM jika ereka menang, PPBM Langkawi yang mana dia merupakan Ketua Penaja bergolak.

Timbul desas desus skandal hubungan sulit dalam PPBM antara janda dan suami orang dan juga kes pecah amanah wang parti.

Pergolakkan ini berkait rapat dengan seorang pentaksub Mahathir iaitu Bendahari Penaja PPBM Langkawi, Puan Nurshaffila Fauzi.


Sejak mula Bgian Penaja PPBM Langkawi di tubuh, akaun Bahagian yang menerima sumbangan dari Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya tidak disediakan langsung oleh Bendahari.

Exco Bahagian mula timbulkan isu ini dalam mesyuarat exco pada November 8hb bulan lepas.


Ketika itu, mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Shukor Bahari.

Sejak Bahagian ditubuhkan, Mahathir, yang yang merangkap Pengerusi PPBM Malaysia, tidak pernah pengerusikan mesyuarat dan hanya serahkan bulat-bulat kepada Shukor.

Mahathir seolah-olah tidak ambil kisah tentang PPBM Bahagian Langkawi hingga menurut sumber, Armada Langkawi ada memberitahu Dato Mukhriz bahawa PPBM tidak boleh tanding kerana jentera tidak disusun.

Jika Mahathir tanding di Langkawi, ia hanya memalukan dan boleh menjadi faktor tertumpasnya Mahathir.

Ada sumber memberitahu Mukhriz ada kata ayahnya tidak akan bertanding di Langkawi. Ini membuat ramalan penganalisa politik telur suku masak, Wan Ji dari IDEAS agak lucu dan dirinya kelihatan sepertibadut:
‘Mahathir the best man to take on Najib in GE14’
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/12/06/mahathir-the-best-man-to-take-on-najib-in-ge14/


Kononnya gandingan si tua 92 tahun dan isteri mangsanya yang dipenjarakan akan menarik penyokong masing-masing untuk mengalahkan UMNO.

Kalau diikut cakap penganalisa politik telor suku masak ini, boleh telongkop Mahathir bertanding situ. Mampus orang tua ni nak jaga kawasan Langkawi.

Menurut kisahnya, Bendahari bergegas untuk siapkan sdan serahkan akaun pada exco pada November 28hb.

Akaun diserahkan sekali dengan surat perletakkan jawatan.

Shukor Timbalan Ketua Bahagian terus sedia teruma saja perletakkan jawatan tanpa laporan penyata akaun itu dibincang di mesyuarat exco dan Bendahri hadhir untuk jelaskan sebarang pertanyaan.

Ahli exco tidak berpuashati dengan penyata akaun yang disiapkan cara tangkap muat. Malah mereka mula rasai  Nurshaffila dan Shukor telah melakukan pecah amanah.

Nurshaffila bekerja di sebuah jeti untuk bot-bot penumpang dari dan ke Satun Thailand berlabuh. Namun begitu, janda dua kali bercerai beranak dua dilihat bergaya mewah luar dari kemampuan pekerjaannya.


Seorang pemimpin PPBM Kedah dan bekas Setiausaha Politik Mukhriz, Dato Azimi Daim ketika menyandang jawatan MB Kedah sering datang untuk melawat Langkawi.

Azimi dijangka tanding di kawasan dalam Kulim Bandar Baharu dan ada ura-ura dia bakal menjadi MB Kedah sebelum Dato Amiruddin Hamzah meninggalkan PAS untuk sertai PPBM:
http://www.kedahnews.com/2017/02/azimi-daim-dijangka-calon-ppbm-parlimen.html

http://www.kedahnews.com/2017/02/azimi-daim-dijangka-bakal-calon-mb-kedah.html 
Cuma prospek Azimi untuk menang belum meyakinkan:
http://utaranews.com/2017/07/hanya-3000-orang-saja-datang-ke-rumah-terbuka-ppbm-di-kulim.html/ 

Azimi datang ke Langkawi bukan untuk meihat prospek tanding di Langkawi. Ketika itu Akramsyah Sanusi pun ada cita-cita tetapi akhirnya melupakan hasrat kerana tiada sokongan akarumbi.

Telah jadi buah mulut bahawa Azimi sering menyambil untuk bertemu Nurshaffila hingga timbul bibit cinta. Kini sudah kedengaran desas desus Nurshaffila sendiri sudah sedia menjadi isteri ke dua Azimi.

Eloklah, jika benar. Bina masjid kedua. Buat Nurshaffila masjid ke tiga yang dia cuba bina. Cuma mana-mana isteri pertama tak mungkin mahu berkongsi kasih.

Namun, khabar hubungan ini menambahkan curiga exco PPBM bahawa Nurshaffila telah "terpakai" duit parti untuk selalu pergi bermadu kasih secara sembunyi-sembunyi di Alor Setar dan lain-lain tempat rahsia.


Ketika pergolakkan ini, Mahathir terus lena. Menggelar Dato Mat Bashah lena adalah reverse psychology untuk alihkan perhatian terhadap Mukhriz yang blur dan kena queen control.

Mahathir langsung tidak ambil kisah masalah ini hingga keadaan PPBM di Langkawi jadi parah. Mungkin ada kebenaran maklumat sumber bahawa dia tidak minat tanding di Langkawi.

Baru-baru ni pada November 17, Mahathir melawat Resort Tok Senik ala kampong yang dipunyai Tan Sri Abu "Juling" Sahid Ini adalah resort yang Mahathir sering pergi bila berada di Langkawi.

Diatur untuk Mahathr bertemu ahli PPBM tetapi ....


 .......... 25 orang saja yang datang untuk sembang-sembang santai!

Trend berkurangan orang untuk datang ke ceramah Mahathir telah melarat dari Alor Setar ke Langkawi.

Itu yang akhirnya Mahathir terpaksa pura-pura sakit untuk batalkan rancangan untuk bercakap di Pendang dan Ipoh.

Jika ini berterusan, penganalisa telor suku masak jangan terkejut kepada sebarang kemungkinan.

Pentaksub Mahathir sentiasa dalam penafian dan susah terima imej Mahathir telah buruk dengan pelbagai hipokrasi, korupsi dan aksi mencuri Mahathir telah meresap.ke minda rakyat.









Entahlah kenapa pentaksub masih tidak nampak bahawa dia adalah Ketua Perompak dan banyak tanah di Langkawi telah dan akan terus dirompak oleh kroni dan proksi dari orang-orang kampong.



Tunggu dia berkuasa. Tak.sampai sebulan dia akan mengganas.

0 comments:

fda

Archives